Wednesday, May 19, 2010

bukaan satu. pertama.

salam pembukaan.

september 26, 2009 adalah post pertama. dan hari ni, May 20, 2010. Lapan bulan lamanya aku tidak menulis di dalam blog ini.

Ketiadaan masa adalah bohong. Masa itu ada. Tidak berubah. 24 jam sehari. 1440 minit sehari.86400 saat sehari. Tidak pernah berubah. Tidak pernah ada suatu hari saat itu berkurangan kepada 86399. Kekurangan dalam mengatur masa adalah jawapannya. Tidak tahu mana satu yang jadi prioriti. Prioriti juga bagiku untuk menulis selain membaca. Membaca itu sudah dihukum wajib bagiku. Tapi menulis juga perlu. Otak ini perlukan aku. sebagaimana aku memerlukan otakku. Otak ini mengajakku untuk menulis. Diriku menolak untuk menulis. Diriku hanya mahu meneruskan kehidupan seharian. Otakku menolak caraku. Caraku tidak betul. Caraku itu boleh membuat otak ini menjadi seada adanya saja. Tiada masalah global untuk dirunsingkan. Tiada babak politik untuk di diskusikan. Tiada orang susah untuk diprihatinkan. Tiada apa apa. Seada adanya saja. yang ada hanyalah ruang lingkup seharianku. Kerja, perut dan keluarga. Sekadar itu sahaja kehidupan?

Berdialog dengan otakku membuat aku terfikir tentang akalku. Di manakah akalku? Akalku juga disibukkan dengan permasalahan tipikal. kerja, perut dan keluarga. Semacam tiada ruang untuk akalku berfikir yang lainnya. Misalnya apa itu iluminiti? Mengapakah Jalaludin Rumi begitu dikagumi sarjana barat? di manakah RPK mendapat sumber kewangannya? Apakah nama anak Fazri sama dengan anak Mohd Lo? Kabus di iceland, sudah redakah ia? Betulkah ekonomi Malaysia sedang memuncak ketika rakyat semakin sesak? Akalku perlu di asak begitu. Akalku perlu diserang. Ia mahu dirangsang. Supaya ia tidak terus menerus hidup terbatas pada satu ruang lingkup yang sangat sempit. Kerana dunia ini sangat luas. Dan tiada yang lebih luas selain dari ilmu, yang dijadikan yang Maha Esa untuk kita menerokainya.

Akalku merenung dalam ke dalam jiwaku. Jiwaku pula yang berbicara. Sudah sekian lama aku menutup jiwaku. Menutup jiwaku dari sesuatu yang diingininya. Jiwaku mahu memberontak. Ia tidak mahu berterusan begini. Jiwa adalah makhluk yang berbeza. Tidak sama seperti akal. jiwa adalah entiti yang jika dituruti semuanya, akan menjadi kacau. menjadi sakit. Jiwa wajib diajar. Jiwa wajib dibentuk. Jiwa secara totalnya wajib dibersih. Pembersihan jiwa perlu diairkan dengan fitrahnya, iaitu agama. Pembersihan itu wajib dijalani. Jiwa juga perlu di nutrisi. Diet terbaik untuknya adalah kalamullah dan zikrullah. Fitrah alam, ada yang terbaik, dan ada juga yang membusuk. Jiwa boleh dibajai dengan drama indonesia, filipina dua puluh empat jam sehari semalam. Jiwa boleh disirami dengan Mentor 4, AF8 dan semacam lagi dua puluh empat jam sehari semalam.

Jiwa adalah makhluk yang bernyawa. Jiwa perlu menjadi satu. Bersatu dengan sosok tubuh tuannya. Jiwa boleh membentuk sosok tuannya sebagaimana tuannya boleh membentuk jiwanya. Tubuh dan jiwa saling berkait. Tubuh dan akal tiada berpisah.
Bagaimana aku mahu membawa jiwa dan akalku adalah terpulang pada diriku.

dan, apakah sebenarnya diriku...?????