Saturday, September 26, 2009

.bukaan kosong. intro.



lama dok menulis, menyebabkan otak ambe menjadi tepu. tepu seperti keladak air di dalam tangki yang tidak ditapis dan tidak digunakan. tepu setepunya. berkeladak sekeladaknya. makna kate, kalaulah air itu hendak digunakan, memakan masa yang lama lah untuk dibersihkan, disaring, ditapis berulang kali hinggakan penapis kena ditukar berulang kali, yang mana akan memakan wang ringgit juga (penapis air bukanlah sesuatu yang murah). begitulah juge keadaan otak ambe. sangatlah berkeladak. berkeladak dalam erti kata tiada sesuatu yang boleh stimulate pemikiran ambe sejak setahun dua ini. bukannye tidak membaca, bukannye tidak ikuti perkembangan semasa, cuma letih utk melatih. melatih otak ambe nih supaya berfikir. fikir pulok bukanlah fikir mengenai kehidupan seharian sahaja. kehidupan seharian berlalu mengikut masa. ada flow dia. cuma kadang-kadang, kita kena monitor ketika mane tergelencoh, kita kesot balik supaya duduk atas jalan yang kita ikut satni.

kelmaring dulu, masa ambe ale nok gi tah ke besut (ada undangan kahwin di kg amir - mungkin founder kg nih bernama amir, lalu diabadikan nama dia pada kampung tu... lekatlah sampai lenih..) ambe singgoh di petronas merang. masa nok bayo tu, ada sorang pencelup saku bernama lepu. lama sungguh dok jupe! selepas barang sembang spatoh dua, dia pon suruhla ambe masuk ke blog kawan2. jadi ari nih..ambe pon teringat nok masuk ke blog kawan2. maju blaker doh.!! sungguh out-dated dan old-fashioned ambe nih. dok IT savvy lasung. terharu melihat kawan2 masih berhubung rapat satu sama lain. semangat ukhuwwah jelas terpancar. ambe juga ingin merakamkan jutaan maaf ke kawan2 sbb dokleh nok gi ke teh tarik session malam raya. ambe gaduh ke sana ke mari bersama orang rumah (orang rumoh pon dok sihat mane, tengoh bonnccitt..). lama sungguh dok jupe, nok2 fastri, abang si shabby. otai di trg. makna kata, fastri nih macam amir (kg amir), founder scene trg generasi baru (minus set2 otai lama..) ada dalam setaung dok jupe. set2 laing pon jarang2 jupe. masa ambe ke KL baru2 nih sblm pose, adalah jupe ujay drummer hebat. dang gok minum air sejam dua.

banyok jugokla cerita yang dicerita. mcm adi dengan si suria perkasa hitamnya. molek ahh tu. derah sket, bleh ambe gi rumoh adi jupe dgn mok sedara dia (mok sedara dia sgt baik dan selalu masak nasik utk ambe). jang jing jong ade jugok jupe skali dua di bandaraya teranung. biasanye jupe di kedai bawah jmbatan dekat hiliran (kedai tu femes dgn ikan keli goreng size L, dengan sambal belacang yang amat jahakkk). jang pon dengor citer nok jadi ayoh doh. alhamdulillah.

salam aidilfitri utk semua. maaf zahir (batin kadang2). dengar "we are free" dari strict tease adalah lebih bagus dari mendengar lagu 1Malaysia. challooo.